PAS CAWANGAN SEMUT API

"PERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMA' ** "DAULATKAN ISLAM"

Blog...

Sejarah Umno khianat Raja-raja Melayu tidak boleh dipadamkan - MB Kedah


ALOR SETAR, 27 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah pengkhianatan mereka kepada Raja-raja Melayu.

Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 pada 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang.
Sehubungan itu, Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah mencabar Pemuda Umno berkenaan untuk mengemukakan bukti dan sekiranya gagal mereka akan berhadapan dengan saman yang akan dikemukakan.
"Mereka cuba nak jadi 'hero' dan 'champion', nak buat laporan polis nak heret Exco-exco kita. Kalau perkara ini tidak betul, kita akan saman TV3 dan saman Pemuda Umno.
"Ini bukan sahaja tohmahan yang cuba melaga-lagakan kita dengan Raja-raja Melayu atau Tuanku Sultan Kedah yang kita kasihi, tetapi cuba memberikan imej yang buruk kepada PAS dalam konteks politik dan perjuangan bangsa dan negara. Mereka jangan main-main!" tegasnya semasa berceramah merasmikan Ekspo Pertanian Dan Produk Halal anjuran PAS Kawasan Pokok Sena di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, di sini baru-baru ini.
Sebaliknya tegas beliau, Exco yang berkenaan akan diberhentikan sekiranya terbukti menghina Raja-raja.
Menurut Ustaz Azizan, usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah lama dilakukan termasuk menggunakan nama istana seperti juga krisis yang dicipta di Perak dengan menggambarkan PAS sebagai jahat dan menentang Raja-raja.
Bagaimanapun katanya, sebagaimana 31 Ogos 1957 adalah Hari Kemerdekaan Negara yang tidak boleh dipadam sejarah, begitu jugalah sejarah pengkhianatan Umno kepada Raja-raja Melayu juga tidak boleh dipadamkan sejarah.
Menyentuh mengenai Pilihan Raya Kecil Bukit Selambau, tegas beliau, Pakatan Rakyat Kedah tidak bimbang bahkan bersedia menghadapi 'Pilihan Raya Besar' iaitu pilihan raya seluruh negeri Kedah.
Beliau secara sinis turut mempersoalkan sumber kewangan Umno hingga sanggup menawarkan wang berjumlah RM5 juta untuk mempengaruhi Adun Kulim, Lim Soo Nee melompat parti sebagaimana didakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen baru-baru ini.
"Awat (Apa) Umno ni kaya mana? Umno ni kaya sangat ka? Kalau tak ambil duit rakyat, tak ambil duit anak syarikat kerajaan, tak ambil hutang balak, nak cari duit mana? Tapi mereka telah menyalahgunakan kuasa.
"Hal inilah yang rakyat tak mau kepada mereka. Maka mereka cuba membuat pelbagai fitnah untuk menghilangkan keyakinan rakyat kepada kita," tegasnya yang turut mengaku telah mempunyai banyak butiran penyelewengan Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini selain penyiasatan-penyiasatan lain juga masih dijalankan.
Menurut beliau, Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha membuktikan bahawa telah mentadbir secara lebih baik daripada Barisan Nasional. "Kita cuba memberi keyakinan kepada rakyat bahawa zaman takut, zaman menindas, zaman ugutan, zaman mematikan dasar demokrasi dan perlembagaan negara, telah berlalu," ujarnya.
Katanya, Kerajaan Negeri juga mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Sultan Kedah dan menyifatkan baginda sebagai Sultan yang sentiasa bersama dan mengutamakan rakyat.
Jelas Ustaz Azizan lagi, beliau sebagai Menteri Besar juga setiap minggu mengadakan pertemuan dengan Tuanku Sultan Kedah melaporkan perkembangan semasa negeri.
"Tuanku tahu apa yang kita buat dan sering memberi nasihat kepada kita. Bagaimana mungkin kita derhaka kepada Raja? Tetapi mereka (Umno) cuba melaga-lagakan kita dengan Raja. Sebab itu saya tidak berapa seronok bila ada pihak-pihak yang nak heret Istana nak bergaduh dengan kita dalam hal ini.
"Insya-Allah saya sudah arah Exco yang dituduh ini berjumpa saya dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Saya (akan) memanggil orang yang buat cakap fitnah yang kata kita menghina Raja-raja, kita akan bersemuka dan selesaikan dengan cepat," tegas beliau sambil mengungkap dalil al-Quran mengenai azab api neraka terhadap mereka yang mengadakan fitnah.
Beliau turut menyeru agar pihak-pihak tersebut agar segera bertaubat dan menghentikan cakap-cakap bohong.
Turut menyampaikan ceramah pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Saifuddin Nasution. - azm/mks._

 

view:  full / summary

PAS hati-hati terima bukan Islam....

semut api Posted by semut api at 02:27 PM on September 07, 2009 Comments comments (0)

PAS tidak akan tergopoh-gapah dalam menerima bukan Islam sebagai anggota parti itu jika kerana semata-mata ingin menarik pengundi bukan Islam.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata PAS lebih berhati-hati dalam menerima keanggotaan dan tidak mengamalkan sikap "tangkap muat" bagi meramaikan ahli, tanpa memikirkan akibatnya.

"Pada asasnya kita (PAS) menyokong usaha menarik orang ramai, khasnya pengundi bukan Islam menyertai parti, tetapi dalam hubungan ini kita lebih berhati-hati," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau, yang juga ADUN Bukit Tuku, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pengerusi Kelab Penyokong Kebangsaan, Hu Pang Chaw, supaya pemimpin terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai PAS termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.

Hu berkata, masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

Sebelum ini Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keanggotaannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.

Menurut Abdul Fatah, PAS terlebih dahulu perlu meminda perlembagaan parti sebelum menerima keanggotaan parti daripada kalangan bukan Islam.

Ini kerana, di antara syarat keahlian PAS adalah terdiri daripada orang Islam.

"Sebab itu, kita (PAS) tidak terburu-buru dan tergopoh-gapah dalam menerima keahlian parti semata-mata kerana ingin mendapat sokongan pengundi daripada bukan Islam," katanya.

Mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Abdul Fatah berkata PAS yakin akan merampas semula kawasan itu daripada tangan BN.

Ini, katanya berdasarkan majoriti 2,333 yang diperolehi penyandang calon BN, allahyarham Azman Mohammad Nor, 54, adalah atas faktor undi pos.

Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban, Jumaat lepas. BERNAMA

 

Tafsiran 'pergi jahanam Umno'

semut api Posted by semut api at 02:22 PM on September 07, 2009 Comments comments (0)

Dalam bahasa Melayu, ada dua makna perkataan jahanam, iaitu pertama, neraka. Kedua, rosak. Jadi apabila disebut 'pergi jahanam', ia bermaksud 'go to hell', maksudnya 'pergi ke neraka'.

 

 

Tetapi bukanlah bermaksud pergi ke neraka sebenar. Ini kerana bukan manusia yang menentukan siapa yang pergi ke neraka atau syurga. Tetapi maksudnya, 'kamu akan terseksa dan menderita akibat perbuatan kamu'.

Sementara satu lagi, iaitu apabila disebut umpamanya, kereta itu jahana, maka apa yang dimaksudkan ialah kereta berkenaan telah rosak. Justeru, jika disebut Umno pergi jahanam.

Maka ia boleh membawa kepada dua makna. Pertama, Umno akan terseksa dan menderita akibat perbuatan mereka selama ini. Selain itu, ia juga bermakna Umno sudah rosak.

Adakah Umno terseksa dan menderita sekarang? Jawapannya, ya. Banyak perkara yang dilakukannya menjadi serba salah, tidak menentu dan tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan. Itulah penderitaan yang ditanggung sekarang. Mereka amat berharap dapat kerjasama daripada PAS, malah diusahakan dengan sungguh-sungguh, walaupun dimalukan di depan rakyat. Semua ini merupakan penyeksaan.

Sementara pernyataan bahawa Umno rosak, mudah difaham. Parti itu sememangnya telah rosak dan pemimpinnya sedang berusaha emperbaikinya. Mereka mencari jalan bagaimana hendak memperbaikinya.

Antaranya, dengan turut mengajak PAS bekerjasama. Tetapi usaha-usaha ini tidak semestinya berjaya. Tetapi mnereka sedang berusaha memperbaikinya.

Apa yang menyebabkan Umno rosak? Paling utama, wang. Politik wang, korupsi dan penyelewengan, sama ada betul atau tidak, tetapi rakyat berjaya diyakinkan bahawa Umno telah rosak akibat wang. Maka kalau hendak memperbaiki Umno, apa yang perlu dilakukan ialah mengatasi masalah yang berkaitan dengan wang ini.

Tetapi hakikatnya, bukan wang yang mendatangkan penyakit itu. Apa yang berlaku ialah sikap sebahagian ahli Umno, pemimpin dan penyokong yang menyebabkan wang itu merupakan punca kerosakan parti mereka. Maka di sinilah pula boleh dikaitkan dengan perkataan jahanam itu sendiri.

Namun begitu, apabila disebut perkara ini, ahli-ahli PAS dan penyokongnya janganlah pula rasa tinggi diri daripada Umno. Ini kerana penyakit yang terkena pada Umno ini boleh juga dijangkiti kepada PAS. Apa-apa peringatan yang ingin diberikan kepada Umno ini hendaklah dijadikan contoh teladan kepada ahli PAS.

Maka sikap buruk mengenai wang ini termasuklah dalam bentuk ketidakjujuran, tamak haloba, pecah amanah dan pelbagai perbuatan buruk dan tidak beretika.

Sedangkan sikap inilah yang merupakan dosa dan apabila terhimpun sebegitu rupa, boleh membawa seseorang ke dalam neraka. Jahanam adalah nama neraka yang paling dalam. Neraka jahanam itu bermaksud neraka yang terletak pada tahap paling rendah.

Sememangnya untuk mempercayai neraka dan syurga secara sepenuhnya adaah sukar kecuali dengan Keimanan yang tinggi. Jika kekuatan kepercayaan seseorang itu terhadap syurga dan neraka, maka ia menerapkan pegangannya tentang konsep dasa dan pahala.

Perhatian besar terhadap pahala dan dosa itu boleh membawa kepada pembentukan sikap bersih dan benar. Kebersihan sikap ini membawa kepada amalan dan perbuatran yang terpuji dan selanjutnya membolehkan seseorang menambahkan pahala, dan memberi peluang kepada mereka yang bertuah ini memasuki syurga.

Apalah lagi makna kewujudan bagi manusia jika tidak menginginkan hidup abadi dalam syurga? Memang tidak banyak orang lebih-lebih lagi pada zaman ini untuk menghayati apa itu syurga dan neraka. Justeru apabila disebut 'pergi jahanam', maka maksudnya ialah ingatan bagi semua tentang bahaya neraka.

Inilah yang sepatutnya berlaku apabila keluar kenyataan 'Umno pergi jahanam'. Ia sepatutnya menjadi iktibar kepada semua orang Islam, tidak kira sama ada Umno atau PAS. Semua mereka yang terlibat dengan politik wajar bertaubat dalam soal-soal yang membabitkan amanah. Jika tidak, bukan saja parti mereka rosak, tetapi juga masyarakat dan negara. Tidak kiralah Umno atau PAS.

Cuma, Umno yang memerintah negara ini lebih 50 tahun tentunya menanggung banyak beban yang merosakkan parti itu sendiri, di samping kesannya turut mengenai masyarakat dan negara. Kalau perkataan neraka itu ditafsirkan sebagai suasana penderitaan, apa yang Malaysia mungkin terpaksa melalui adalah suatu yang patut ditakuti.

Bayangkan rasuah dan perbuatan tidak amanah begitu berleluasa, maka negara akan rosak dan selanjutnya rakyat yang menanggung penderitaan. Impian supaya negara ini makmur akan musnah dan sebaliknya suatu keadaan neraka boleh muncul jika tidak ada usaha bagi mengatasinya.

Selain itu, keadaan jahanam kepada parti, masyarakat dan negara ini berpunca daripada rosaknya hati. Bukanlah hati organ manusia, tetapi hati dari sudut agama. Hati dari sudut agama ini sebenarnya terletak di otak dan bukannya hati sebagai organ. Apabila hati ini jahanam maka ia tidak dapat membuat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.

Untuk memahaminya, wajar kembali kepada bab tasauf dalam pengajian agama. Bayangkan kalau ahli-ahli parti diajak mengaji semula mengenai tasauf, khususnya apa yang diajar Imam Ghazali.

Kalaulah semua ahli parti politik yang beragama Islam, baik dalam Umno, PAS atau KeADILan mengaji balik mengenai tasauf, mungkin dunia akan berubah dan berbeza. Sememangnya tulisan lebih mudah daripada mengamalnya. _

 

 

Perjuangan kemerdekaan masih belum selesai

semut api Posted by semut api at 02:15 PM on September 07, 2009 Comments comments (0)

 

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

 

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

 

 

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.

Kata Rubi'e, "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini. _

AMARAN RASULULLAH KEPADA F.R.U-Naib Presiden

semut api Posted by semut api at 01:06 PM on August 06, 2009 Comments comments (0)

Tragedi 1 Ogos merupakan pengulangan beberapa tragedi menyayat hati yang dapat dilihat di negara kita. Peristiwa tindakan ganas pihak polis, khususnya FRU bertindak ke atas himpunan aman rakyat, merupakan malapetaka kepimpinan BN yang masih tidak belajar dari kesilapan lampau. Tindakan rakus menyembur gas pemedih mata, semburan air kimia ke atas himpunan aman tersebut ternyata mengundang kemarahan masyarakat di negara ini dan badan-badan hak asasi antarabangsa.

Himpunan yang berjalan secara aman dengan kawalan Unit Amal bagi memastikan tidak berlaku tindakan di luar batas yang dibenarkan oleh pihak penganjur. Himpunan hari itu tentulah akan berjalan dengan santai dan berakhir dengan baik seandainya mereka tidak disembur gas pemedih mata serta tindakan ganas pihak FRU. Sayang, himpunan aman ini akhirnya bertukar kelam kabut, bilamana sebilangan rakyat yang berhimpun dikejar, ditangkap, digari dan dijemur dalam trak berjam-jam lamanya. Tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia menyaksikan kanak-kanak, remaja dari pelbagai kaum terpaksa berlindung di mana sahaja. Mungkin bagi pihak FRU dan polis, tindakan ini adalah lambang keegoan dan kemegahan. Megah kerana berjaya menghalang himpunan, berjaya memecahkan himpunan rakyat. Namun apakah ianya berakhir di situ sahaja?

Persoalannya, salahkah rakyat berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap akta yang zalim ini, setelah pelbagai cara dilakukan bagi menentangnya. Rakyat telah gunakan seluruh saluran lain. Bantahan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat, surat, kenyataan, seminar, resolosi bengkel bahkan tandatangan rakyat telah dibuat. Apa lagi bagi rakyat untuk menentang akta yang zalim ini. Kezaliman tiada kompromi dalam Islam, Nabi tidak mengaku umat mereka yang menyokong kezaliman, sehingga Baginda memberi amaran:

?Sesiapa yang berjalan bersama orang yang zalim bagi membantunya, sedang ia mengetahui kezaliman orang tersebut, maka telah terkeluar ia dari Islam? - Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi.

Kerana itu Imam Nawawi dalam syarahnya dalam juzuk 17, hal 190 sewaktu menghuraikan hadis :

?Ada dua golongan dari ahli neraka, yang belum aku saksikan iaitu suatu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia, dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang, yang menanggalkan tutup kepala, yang menarik kepada maksiat. Kepala (rambut) mereka diikat seperti bonggol unta. Mereka ini tidak akan memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan bauannya dapat dihidu dari jarak sekian-sekian?. -(Hadis Muslim)

Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan golongan yang keluar rumah ditangannya ada cemeti, mengejar dan memukul manusia ialah polis ( FRU). Wallahu a'lam. Apakah itu sebenarnya dimaksudkan, namun mari kita meneliti sifat yang dinyatakan oleh Rasulullah dengan tidak menuduh sesiapa, kalau bukan FRU siapa lagi.

Lihat pula sebuah hadis yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah sabda Baginda:

?Hampir sahaja sekiranya kamu panjang umur, maka kamu akan melihat sekelompok orang yang pada tangan mereka ada cemeti (cota) yang diikat seumpama ekor sapi mereka berangkat keluar dari rumah dengan kemarahan Allah dan mereka kembali ke rumah mereka dalam kemurkaan Allah?.

Apakah hati kamu puas bilamana kamu berjaya memukul orang-orang tua, membelasah kanak-kanak, menangkap muslimat dan menyemburkan gas kepada para ulamak. Demi Allah kalaupun kezaliman ini tidak dibalas oleh Allah di dunia, kita pasti bertemu di akhirat.

Apa yang berlaku di hadapan mata kita menyaksikan bagaimana rakyat yang tidak berdosa diterajang, dipukul dengan cota, digari, diheret setelah mereka ditembak dengan gas pemedih mata hanya kerana berhimpun untuk membantah akta yang zalim ini. Tindakan ini tentunya akan mengundang kemarahan rakyat, namun sekalung tahniah diucapkan kerana rakyat kerana tidak membalas bantahan dengan kekerasan, tiada satu pun tingkap kedai pecah, tiada sebuah kereta pun yang diserang, tiada sebarang kerosakan harta awam. Inilah akhlak yang dipamir oleh rakyat.

Lalu demi membenarkan tindakan kejam meraka dicari pelbagai alasan luar, kononnya demonstrasi tersebut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan yang teruk. Sebenarnya puluhan himpunan yang dianjurkan melibatkan berlaku kesesakan jalan raya. Kalau kerajaan boleh mengisytiharkan penutupan jalan semata-mata bagi memberi laluan kepada pelumba basikal, pelumba jalan kaki, pesta perayaan pelbagai agama, perarakan pesta hiburan, bahkan beberapa orang artis pernah membuat konsert di tengah Chow Kit Road, apa payah pula untuk memberi laluan sekadar dua jam kepada rakyat untuk berhimpun menyerahkan memorandum rakyat kepada Istana, kamudian mereka bersurai dengan aman. Menyaksikan tindakan ganas yang ditunjukkan ini, maka benarlah kata-kata A. Samad Said:

?Kalau kerajaan tidak melayan tuntutan rakyat di jalan raya, kita mesti terjemahkannya dalam pilihanraya?.

Jangan Prejudis Terhadap Islam -ketua pemuda pas

semut api Posted by semut api at 12:58 PM on August 06, 2009 Comments comments (0)

 

 

1. Saya perlu memberi teguran dan sekaligus memberi peringatan kepada Yb. Jeff Ooi berkaitan kenyataannya di Sunday Star .

2. Saya merujuk kepada kenyataan Yb Jeff Ooi [ Ahli Parlimen Jelutong - DAP ] merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar The Sunday Star bertarikh 02. 08. 2009 muka surat N.12 .

3. Yb. Jeff Ooi telah mempertikai Mohd Razali bin Abdullah , Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan menuduh dan menggelarkannya sebagai "Muslim Extremist" kerana menjadi ahli Jamaah Islam Malaysia [ JIM ] yang mempunyai misi " to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020 "

4. [ Membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang - undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020 ] bukan sahaja menjadi cita - cita JIM tetapi ianya menjadi cita - cita setiap muslim yang mukmin dan muttaqin [ muslim yang benar - benar beriman dan tunduk kepada perintah Allah swt ]

5. Yb. Jeff Ooi dinasihat dan diperingatkan agar TIDAK keterlaluan dalam kenyataan dan tindakan yang boleh menyinggung perasaan ummat Islam dan TIDAK bersikap prejudis terhadap Islam .

6. Saya tegaskan sekali lagi , bahawa menjadi asas dan prinsip seorang muslim dan pergerakkan Islam membentuk cita - cita untuk melaksanakan syariat Islam dan sememangnya Islam itu adil untuk semua . Justeru itu , cita - cita atau prinsip tersebut tidak membawa maksud ia ekstrim sebagaimana yang didakwa.

7. Islam adalah agama yang adil , toleransi dan damai sifatnya . Jangan lihat Islam pada wajah manusia yang ingkar terhadap perintah Allah swt tetapi lihat Islam pada wajah mereka yang berilmu , bertaqwa dan soleh perilakunya . lantaran itu Islam adalah agama yang suci , maka dimanakah tidak kenanya cita - cita untuk melaksanakan suatu yang suci , adil dan toleransi .

8. Jika Islam tidak benar , sila buktikan dimana tidak benarnya ? jika berpegang dengan ajaran Islam itu adalah ekstrim , maka apakah implikasinya ? apalagi yang menghantui pemikiran beliau mengenai Islam ? atau beliau masih mengalami Islamophobia hasil dari propaganda barat dan kuncu - kuncunya ?

9. Sewajarnya beliau tidak memahami Islam dari perspektif musuh - musuh Islam seperti barat , golongan Islam Liberal dan pelampau tetapi sebaliknya merujuk terlebih dahulu berkait dengan dasar dan prinsip Islam melalui para alim ulama' yang memperjuangkan Islam .

10. Saya mendesak dan menyeru supaya Yb. Jeff Ooi memohon maaf kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang tersebut dan kepada semua ummat Islam secara terbuka di atas keterlanjuran kata dan sikap yang ditunjukkan .

bila isa akan mansuh?..nikabduh

semut api Posted by semut api at 12:53 PM on August 06, 2009 Comments comments (0)

Dia bertanya dalam bingung, ?Bila ISA akan dimansuhkan?? Saya menjawab, menambah bingungnya, ?Bila tiada lagi soalan ini daripada orang seperti kamu.? Dia jadi bengang pula dengan jawaban saya, lantas saya segera menyudahkan jawaban saya, ?Kamu kena tanya, bila lagi nak turun buat demo anti ISA??

Saya harap jawaban ringkas itu difahaminya. Dia tak bengap macam puak pro ISA yang bingung, bengang dan bengap itu. Dia kawan saya dan kawan saya semuanya anti ISA, hatta yang masih duduk dalam UMNO dan masih simpati pada UMNO. Kawan yang asyik nak tengok wujudnya kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang telah diharamkan sebutannya dalam PAS kerana ianya bukan daripada idea PAS pun.

Yang akan memansuhkan ISA adalah rakyat. Jika Dato Seri Najib Tun Razak memansuhkannya, maka ia pastinya adalah atas tekanan dan kehendak rakyat. UMNO tidak mungkin memansuhkan ISA. Tidak mungkin! Tak percaya, tanyalah yang nampak cerdik sikit dalam UMNO seperti Zahid Hamidi. Dia akan jawab mustahil. Itu yang nampak cerdik. Janganlah tanya pada yang bodoh ? bodoh daripada kalangan mereka, kelak hati anda akan sakit tak pasal ? pasal. Mereka akan jawab, demi Allah, dengan darah, nyawa dan jiwa raga, ISA kami akan pertahankan.

UMNO tak akan cerdik sehinggalah rakyat menjadikannya cerdik. Kerja UMNO adalah membodohkan rakyat. Ia perjuangan bersilang. Samada rakyat jadi bodoh kerana UMNO atau UMNO jadi cerdik kerana rakyat. Jika UMNO tak mahu jadi cerdik juga di zaman rakyat dah jadi cerdik bijaksana ini, UMNO akan tumbang. Esok lusa, UMNO pasti tumbang.

Jangan tanya bila UMNO nak tumbang? Tanya, bila nak turun lagi buat demo? Itulah soalan rakyat yang dah cerdik dan tak dimakan bodoh UMNO!

Demontrasi, atau tunjuk perasaan atau turun beramai ? ramai di jalan raya di sisi pemerintah adalah menyusahkan awam, merugikan negara dan kerja sia ? sia buat diri sendiri. Hatta di Iran sekalipun, demontrasi adalah menakutkan pemerintah.

Sebabnya hanya satu. Demontrasi cukup menekan dan paling berkesan menekan dalam damai dan aman. Kerajaan yang memerintah akan tertekan. Sesiapapun tak suka ditekan, apatah jika mereka ditekan di atas kesalahan yang mereka lakukan. Lantaran itu, kerja pemerintah adalah memburukkan pandangan rakyat terhadap demontrasi, menghalangnya dan menggagalkannya sekalipun ia terpaksa dibayar nyawa dan darah.

Dengan apa yang kerajaan kita dah lakukan untuk mengekang penglibatan rakyat dalam demontrasi, ia sudah cukup untuk menghalang rakyat menyertainya. Siapa berani nak bertempur dengan polis dan FRU yang siap dengan tukul dan kapak, juga air kencing penzalim yang disembur ke atas rakyat sampai muntah ? muntah jadinya? Sedang syarat penyertaan dalam demontrasi adalah tanpa membawa apa ? apa senjata kecuali tangan kosong untuk mempertahankan diri jika dikerjakan tukul dan kapak itu?

Tetapi malang bagi kerajaan! Sial buat kerajaan bila melihat rakyat dah semakin berani. Mereka keluar di jalan ? jalan raya dengan hanya berbekalkan secubit garam dan sedikit air buat menahan diri dari sesak nafas, muntah ? muntah dan tersungkur di hadapan penzalim. Malanglah buat kerajaan kerana kebanyakan mereka adalah anak ? anak muda berpendidikan tinggi, wanita ? wanita berjiwa jantan dan orang ? orang tua yang berjiwa muda.

Apabila darah menjadi murah di hadapan hak dan maruah diri, kebenaran pasti di ambang kemenangan.

Jangan tanya bila? Tanya, bila lagi kita nak turun di jalan raya? Tanya, bila lagi nak demo anti ISA?

Ketika saya mundur ke belakang mengelak muntah dan rebah, saya masih melihat kelibat anak ? anak muda yang tetap tegap, menari ? nari dan melambai ? lambai ke arah FRU yang menerkam bagai harimau terlepas sangkar. They love trouble!

Kenapa ini berlaku? Jawabnya satu. Rakyat sudah lama ditekan. Kini giliran pemerintah untuk ditekan. Mula ? mula anda melihat tekan ? menekan berlaku. Tetapi sunnah Allah akan mengambil tempat. Hari ? hari itu adalah gilir ? menggilir. Esok adalah giliran rakyat. Giliran kebenaran naik ke atas!

Jangan tanya bila? Nak jawaban juga, jawablah, esok. Besok!

Apabila kebenaran naik ceding, digilai dan dipuja, kebatilan akan lenyap dan hilang tanpa tunggul. Buih mana ada tunggul?

ISA adalah kebatilan dan lambang kebatilan pemerintah negara. Jika anda membilang ? bilang kebaikan pemerintah hari ini, mari saya bilangkan untuk anda kebaikan Firaun!

Pemerintah yang baik dan adil bukanlah yang membuat kebajikan, tetapi yang menolak kejahatan daripada rakyat. Anda menyelimuti bangkai dengan hamparan permaidani merah. Anda menaungi tanaman ganja dengan rimbunan jagung. Anda mungkin dikagumi, tetapi anda adalah Firaun rakyat!

ISA adalah bangkai jahiliyah. ISA adalah jerangkap samar buat kebenaran yang tersembol di hadapan rakyat. ISA adalah pedang terhunus buat memenggal kebenaran dan pejuangnya. Di dalamnya anda melihat orang ? orang jahat seperti komunis, penyeludup dan pembunuh, tetapi mereka hanyalah benteng berguna buat pemerintah menutupi kebenaran yang dicekik dan dipancung. Di sebalik mereka adalah himpunan pejuang ? pejuang kebenaran negara yang ditangkap tanpa bicara, tanpa hak mempertahankan diri dan tanpa tuduhan di mahkamah!

Hak kita adalah kebebasan. Kebebasan adalah hak kita semenjak kita dilahirkan ibu. Ibu kita tidak menebuk hidung kita untuk ditarik ? tarik bagai kerbau di bendang. Ibu membebaskan kita keluar kerana ibu tahu kita bukan lembu. Kita adalah anak ibu yang tahu untuk pulang kepada ibu yang menyayangi dan membelai. Jika ibu sangsi, ibu memberi hak untuk kita mempertahan diri dihadapannya.

Sedari kecil kita menikmati kebebasan. Ketakutan hanyalah atas kesalahan sendiri terhadap ibu yang menyayangi. Mengapa pemerintah datang untuk menyentap kalung kebebasan ini daripada kita?

Mereka marahkan peragut sedang merekalah peragut rakyat! Mereka marahkan rogol sedang merekalah perogol rakyat!

Mereka mendakwa dengan ISAlah negara aman. Dengan ISAlah Singapura aman. Dengan ISAlah Amerika belajar menggunakannya memburu pengganas al Qaeda. Mereka mendakwa tanpa ISAlah Thailand huru ? hara. Indonesia huru ? hara dan dunia huru ? hara.

Bangsatnya dakwaan dan jawaban mereka. Mereka beriman dengan slogan ?matlamat menghalalkan cara? yang dicipta jahiliyah dan Yahudi. Asalkan aman, buatlah undang ? undang apa pun! Apakah mereka lupa bahawa Firaun juga mengamankan negaranya dengan cara ini? Bukan setakat aman, bahkan dia berjaya menunduk sujudkan rakyatnya. Itulah puncak keamanan.

Apabila manusia sujud pada tuhannya, disitulah hujung keamanan.

Adakah Musa alaihissalam diutuskan untuk membunuh keamanan? Ya, keamanan yang palsu. Adakah Muhammad sallallahu alaihi wasallam diutuskan untuk menghuru ? harakan keharmonian sedia ada di Kota makkah? Ya, keharmonian yang palsu sama sekali.

Zahid Hamidi berkata, saya pernah ditahan ISA dan saya akur bahawa itu adalah hak kerajaan! Zahid yang bodoh!!

Pertama, dia akur dia buat salah. Hari ini pengacau ketenteraman negara inilah yang jadi menteri negara!

Kedua, jika dia yakin tak salah tetapi rela juga ditahan ISA, maka inilah hamba negara yang bacul. Lembu pun tahu mempertahankan diri bila diasak.

Ketiga, adakah Zahid menganggap semua tahanan ISA adalah penjenayah sepertinya sehingga tak perlu mempertahankan diri dan hak?

Keempat, adakah Zahid mahu semua tahanan ISA menjadikannya teladan, bahawa sabar itu kunci kemenangan sampai dapat jadi menteri? Atau redha itu kunci ketenangan sampai tak perlulah lawan pemerintah? Teladan adalah akur pada semua nafsu pemerintah walaupun kita benar?

Kelima, adakah Zahid mengira air mata anak ? anak dan isteri tahanan adalah air mata kambing biri ? biri, sia ? sia dan tanpa simpati untuk dihulurkan?

Zahid, kau perlu ada mata, telinga dan hati yang hidup untuk mendegupi jantung rakyat yang dizalimi. Jika kau mahu hati yang hidup, hiduplah bersama mereka yang dizalimi, bukan bersama mereka yang zalim dan menzalimi.

Walau apapun berlaku di hadapan, ISA yang isinya adalah resepi lazat buat makanan penzalim negara, ia tetap akan tumbang dan hancur. Kebangkitan rakyat adalah kerana mereka terhimpit. ISA adalah lambang himpitan dan kesengsaraan pejuang rakyat.

Kebangkitan ini adalah kebaikan. Jika ianya ingin diberkati Allah, kebangkitan mestilah bersama Islam. PAS tugasnya inilah. Bangkit dan bangun bersama Islam!

Hidup hidup, hidup rakyat! Hancur hancur, hancur ISA!

Hidup hidup, hidup Islam! Hancur hancur, hancur BN!

( Harap Bang Mat tak sebut lagi, hidup Beng Hock! Ia slogan kurang berkesan dan tak manis. Kita diajar berkata, hidup Islam! bukan hidup Muhammad! Muhammad sallaLahu alaihi wasallam telah mati. Yang hidup tak mati adalah Islam.)

PELANCARAN WIFI APTUS NET DAN BLOG TOK GURU

semut api Posted by semut api at 04:06 AM on April 04, 2009 Comments comments (0)

UCAPAN YAB TUAN GURU DATO? MENTERI BESAR KELANTAN SEMPENA PELANCARAN WIFI APTUS NET DAN BLOG TOK GURU PADA 29 RABIUL AWAL 1430/26 MAC 2009 BERMULA JAM 3.00 PETANG  BERTEMPAT DI KB  MALL, KOTA BHARU, KELANTAN.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan HIKMAH dan PELAJARAN YANG BAIK dan BANTAHLAH mereka dengan CARA YANG BAIK.  Sesungguhnya, Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk,"

(Surah An-Nahl Ayat 125) (Seterusnya...)

UMNO-BN URUS NEGARA DENGAN HASIL JUDI.

semut api Posted by semut api at 09:01 AM on February 28, 2009 Comments comments (0)
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - PAS khuatir tindakan yang dilakukan oleh bakal Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seolah menggambarkan Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi. Ini berikutan, tindakan Najib yang meluluskan 10 'special draw' judi sebaik sahaja menerajui Kementerian Kewangan menampakkan 'tembelang' sebenar bakal Presiden Umno itu. Demikian kata Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli semasa mengulas jawapan bertulis Kementerian Kewangan mengenai kelulusan 10 cabutan 'special draw' kepada Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook baru-baru ini. "Jawapan bertulis yang diberi kepada Loke terdapat 10 kali 'special draw' (cabutan khas) yang dibuat selepas Najib menerajui Kementerian Kewangan. "Dengan cabutan itu kerajaan mendapat hasil cukai itu sebanyak RM77,026,171.04. dan dalam jawapan kementerian itu bahawa cabutan bertujuan untuk dana pendidikan, kesihatan dan sebagainya, "dakwa Hatta. PAS khuatir tindakan ini sekali lagi menggambarkan bahawa Umno/BN mentadbir negara dengan hasil wang judi, katanya. Malah paling dikesali, dalam keadaan ketiadaan wang kerajaan Umno/BN begitu mudah menggunakan industri judi untuk mendapatkan sumber kewangan, ujarnya. "Ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya menggalakkan orang ramai berjudi, sedangkan judi akan mengundang kepada masalah sosial dan sebagainya," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai. Paling membimbangkan, dalam keadaan ekonomi gawat, tabiat judi ini digalakkan dengan kelulusan 'special draw' akan hanya memusnahkan lagi ekonomi dan kantung rakyat, kata Hatta. Sementara itu, Loke mendedahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan 10 cabutan 'special draw' (cabutan khas) pada tahun 2008. Katanya jumlah kutipan cukai yang diperolehi daripada cabutan khas tersebut adalah sebanyak RM77,026,171.04. Kerajaan membenarkan cabutan khas diadakan berdasarkan kepada keperluan semasa yang bertujuan untuk membiayai pelbagai program dan projek pembangunan yang berbentuk sukan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan, dedahnya.- azm/mks. _

Tarbiyah penting untuk hadapi era kemenangan - Mohamad Sabu

semut api Posted by semut api at 01:57 PM on February 24, 2009 Comments comments (0)

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan ahli PAS supaya memperkukuhkan tarbiyah di kalangan ahli kerana sudah ada tanda-tanda ahli PAS hilang sifat berkorban demi Islam.

 

Menurut beliau, sifat ikhlas untuk melakukan kerja-kerja jemaah sudah mulai pudar dan kebanyakan ahli telah mula meminta upah untuk melakukan sesuatu tugas.

 

 

 

 

 

"Jika perbuatan ini berterusan kita takut kalau PAS diberi kemenangan, kita tidak ada bezanya dengan Umno," katanya ketika memberi ucapan dalam program Himpunan Muslimat PAS Kawasan Ulu Langat, Ahad, 23 Februari lalu.

Beliau turut mengingatkan bahawa Islam lebih mudah berkembang apabila mempunyai kuasa kerana Islam itu merupakan agama yang sempurna.

Malangnya kata beliau, pendukung agama Islam ramai yang tidak sempurna sehingga nilai-nilai agama itu tidak diamalkan oleh orang Islam tetapi orang bukan Islam seperti menjaga kebersihan, kesopanan dan lemah-lembut.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh turut menegaskan bahawa dalam mendepani cabaran semasa peranan Muslimat tidak boleh dinafikan kerana orang yang mula-mula mati syahid adalah wanita.

Justeru, katanya, Muslimat jangan sampai menjadikan alasan terlalu sibuk sehingga tidak ada masa untuk aktif dalam program jemaah.

"Jangan jadikan kesibukan dunia melupakan tugas hakiki kita sebagai hamba Allah," katanya.

Beliau turut menyelar sikap pimpinan Umno yang telah memerintah selama 51 tahun tetapi tidak berjaya memperjuangkan hak orang Melayu dan Islam.

"Mereka sendiri tidak mampu untuk melaksanakan Islam terhadap dirinya sendiri jadi apa guna kita menyerahkan kuasa kepada mereka," tegas beliau.

Beliau berkata, apa akan jadi kepada bangsa Melayu jika Muslimat tidak serius memainkan peranan sehingga tidak peduli dengan anak-anak muda yang terjebak dalam gejala sosial. - lanh _

Nik Aziz: PAS cabar Ibrahim letak jawatan......

semut api Posted by semut api at 09:34 PM on February 21, 2009 Comments comments (1)

Nik Aziz cabar Ahli Parlimen Pasir Mas ini tanding uji populariti

 

TIKET PAS... IBRAHIM Ali menunjukkan simbol PAS ketika hari penamaan calon pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

 

 

 

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

 

Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.

 

Pesuruhjaya PAS negeri itu berkata: "Keputusan PAS mencabar beliau (Ibrahim) supaya meletakkan jawatan kerana mengkritik PAS daripada belakang adalah keputusan PAS negeri yang dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri yang saya sendiri selaku Pengerusi (perhubungan)."

 

"PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas jika benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini semalam.

 

Pagi ini ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kursus kakitangan awam kerajaan negeri, Nik Aziz enggan memberikan sebarang ulasan mengenai desakan PAS Kelantan yang mahukan Ibrahim meletak jawatan.

 

"Tok se, tok se (tak nak, tak nak)," kata Menteri Besar Kelantan itu.

 

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS Kelantan meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

 

Takiyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

 

Dalam reaksi spontan semalam, Ibrahim berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

 

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

 

Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

 

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat.

 

Ditanya mengapa PAS bertindak mencabar Anggota Parlimen itu meletakkan jawatan, Nik Aziz berkata, ini disebabkan Ibrahim mengkritik kepimpinan PAS dari belakang.

 

Nik Aziz berkata, walaupun Ibrahim calon Bebas, tetapi bukan bererti beliau boleh bebas tanpa sekatan.

 

"Kalau lembu pun kita kena ikat dengan tali, mana boleh manusia bebas tanpa sekatan.

 

"Sebagai pemimpin, Ibrahim tidak boleh mengkritik dan menyerang PAS dan pemimpinnya bukan-bukan.

 

"Ini bukan bererti PAS tidak boleh ditegur. Yang berhak mengkritik dan menegur (pemimpin dan parti) ialah rakyat," katanya.

 

Kepada soalan lain, jika Ibrahim enggan berundur dan meletakkan jawatan walaupun dicabar berbuat demikian oleh PAS, Nik Aziz berkata: "Memanglah, biasanya manusia tidak mudah mengaku kalah. Macamlah kita jadi menantu, kalau mentua bencipun kita tetap tinggal rumah itu kerana sayangkan anaknya..." BERNAMA


View Older Posts »

Rss_feed

BEGITU CEPAT IANYA BERLALU...

Salam Aidil Fitri buat semua...

MANSUHKAN..!!!!!

PROGRAM@AKTIVITI KAMI..

   

HOMESTAY @ RESORT

No featured products.

Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara mengejar mu

"ya..ALLAH jauhkan dari tipu daya musuh MU

YB.HJH.WAN UBAIDAH OMAR - ADUN KIJANG

YB.DATO'HJ MOHD AMAR NIK ABDULLAH - YANG DIPERTUA PAS PENG.CHEPA

Ziarah kami...

"membangun bersama Islam"

Tanyo kobar........

BAGAIMANA KE TEMPAT KAMI

Google+ Web Search

Super Share

Share on Facebook