
Dato'Abd Halim sedang menyampaikan Tazkitah dan Isu semasa dalam Majlis ini.
Majlis tadarus Al-Quran telah di adakan di masjid mukim semut api pada 9 september 2009,Majlis anjuran Pas Kawasan Pengkalan Chepa itu dengan kerjasam Halaqat kawasan Pengkalan Chepa turut di hadiri oleh Yb.Dato'Hj.Abd Halim Abd Rahman,Ahli Parlimen Pengkalan Chepa serta pimpinan kawasan.turut hadir semua Ajk Pas cawangan Semut Api Ajk Masjid Semut Api,
Pada tahun ini surah yang menjadi pilihan untuk di tadarus adalah surah Ah-Nahl,Pada kesempatan ini juga Yb.Dato' Abd Halim juga sempat menyampaikan tazkirah Isu-Isu semasa termasuk Isu kepala lembu yang heboh di perkatakanDI Selangor sekarang dan mengingatkan supaya umat Islam hendaklah menghormati agama lain dan jangan enjadi ekstrimis atau melampau terhadap agama.
Pihak Pas cawangan Smut Api mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS Kawasan kerana sudi mengadakan program pada tahun ini di Semut Api..
Assalamualaikum Wbrh......Kepada semua anak mukim Semut Api,Kami mengalu-alukan sumbangan Muslimin & muslimat ke dalam Tabung Derma Masjid Mukim Semut Api bagi memperbesarkan lagi Masjid kita yang semakin sempit terutamanya hari Jumaat.
Sumbangan anda sangat-sangatlah kami semua hargai dan anda boleh lah memberi sumbangan anda kepada Ahli Jawatankuasa Masjid ATAU terus ke Akaun masjid iaitu
BANK ISLAM MALAYSIA a/c 03036020104984

Masjid Mukim Semut Api telah mendapat sebuah tempat meletak motorsikal bagi keperluan jemaah sewaktu datang ke masjid,Kalau sebelum ini ianya di letakan dimana-mana sekitar perkarangan masjid tapi kini ianya sudah dapat diatasi dengan terbinanya sebuah tempat meletak motorsikal,
MPKB--BRI Melalui program kesejahteraan wargabandar bersama Ahli Majlis telah meluluskan satu peruntukan sumbagan sebuah tempat meletak motorsikal kepada Masjid Mukim Semut api..../admin semutapi.com
